Saturday, 29 August 2015

penang mari

hey, assalamualaikum :) so aku decide nak tulis blog psal experience prgi penang. kitorg prgi 21 - 23 august tuari. actually dh 2 kali aku prgi. dulu prgi dgn family, tp yg aku nk post ni prgi dgn kwan (dak2 QS) cehh. trip ni sbenarnya a.k.a site visit/learning visit. subject yg kitorg amik utk trip ni sbenarnya subject PRINCIPLE STRUCTURE. dah nama pon structure, so basically kitorg belajar psal bentuk structure bangunan tersebut, materials dia guna, design, jointing and bla bla. byk tempat juga yg kitorg prgi which aku akan post gambar nnti. sbenarnya aku agak malas ye nk update pasal ni hahaha. tp bberapa hari yg lepas aku ada lah 'terbuka' blog aku yg lama dlu. ceh, blog zaman skl which is slalu cerita pasal cerita mngarut dkt kelas, about friends and many more. typical 'dak2 baru nak up post' hahaha. kalau korang nk tgk nah plasmamembrance.blogspot.com k agak tak tahu malu disitu bila reveal perangai zaman skl aku dlu. hahaha. but yeah, kdg2 bila ingat zaman skl lah buat kita gelak kan?  and jgn tnya pehal link blog tu acah2 'dak2 study bio' k. klau tgk blog lama tu ada jugak skit2 aku post pasal prgi penang. tp tk byk tempat prgi as this time


selfie dalam bus is a must. dari kiri atas teha, jiha, amir, tiqa, fatin. bawah kiri pulak zafri, anis and me:)




first stop kitorg terus prgi museum of glass. dah hampir 7 jam rsanya kitorg dduk dalam bas. pukul 4 mcm tu dh terus stop dkt museum ni. so mmg penat2 dalam bas tu tk hilang. kitorg tak check in hotel lg pon. fuh fuh dia punya feeling mmg mata masing2 merah jelah. tp mmg have fun dpat blajar byk benda. ceh, klau korg boleh close up dkt gmbar jam tu, mmg cost dia RM279. fully glass. ni klau terlanggar ni baik balik jadi bini org lagi bagus. hahaha




wuhuu next destination petang tu batu feringgi! yeah sape je tak prgi penang tk singgah pantai sana kan? still cantik and boleh mandi lagi. tp disebabkan kitorg mcm in rush smua, so tkdelah smpai mandi2. singgah amik gmbar then terus bla



pukul 11 mcm tu baru kitorg check in hotel. huh dia punya penat. tapi ada jugak dak2 ni ajak prgi mcd, memandangkan mcd blkg hotel je kan. tp Allahu diorg ni tk penat ke hahaha




esoknya pulak, kitorg prgi toy museum. hm agak hambar lah kan. kalau kitorg ni 5 6 tahun mungkin benda ni smua agak excited. ye kami kecam jadual lecturer lol



destinasi seterusnya ke blue mension house. okay klau nk cerita pasal rumah ni agak menarik. tp aku tkboleh lah cerita mcm tourist guard tu ckap an. yg aku tahu rumah ni dh 100 lebih tahun. konsep rumah ni ikut cina punya philosophy iaitu "feng shui" maksudnya harmoni. rumah ni dulu ngadap laut and ada satu section rumah ni yg bumbung dia terbuka utk bagi angin masuk. mmg awesome gila rumah ni kalau korg dgr sejarah dia. and skrg rumah ni buat hotel service. and price utk dduk hotel dia jgn main2 boleh tahan mahal. yelah rumah lama and still cantik and klau masuk rumah ni sumpah rasa sejuk wlaupun tkde aircond wlaupun luar panas nak mampus.






okay ptg last kitorg dkt penang. round art street naik basikal. ya Allah ni lah part paling best skali kot. lumba basikal smua. round smpai kaki krem. mula2 takut nk mampus. sbb dh lama tk bwak basikal. last pon masa form 4 kot. tapi at the end it just fun fun fun! 






ok last stop sbelum balik. penang hill! (let the pictures speak cause im out of the words and im update this thing in the middle of the night affirmatively 2 am so please excuse me)


p/s: fuh fuh penat. ni jelah yg boleh aku share bberapa pengalaman dkt sana. looking foward to do this thing oftenly. it must be so much fun. k lah bye! :)





No comments:

Post a Comment